Isnin, 20 Disember 2010

Harga - Loose Coklat

Loose Coklat Pelbagai Bentuk Dan Flavour :-
  • Kosong Tanpa Filling = RM0.50 sebiji
  • Jenis Truffle-Berintikan Soft Filling/Ganache = RM0.60 sebiji
  • Jenis Praline-Berintikan Kekacang = RM0.70 sebiji
* Tambahan Kotak, Kad dan Hiasan bergantung kepada harga
barang-barang tersebut.

Jumaat, 17 Disember 2010

Coklat Jenis Truffle

Coklat Jenis Truffle merupakan coklat yang berintikan soft atau ganache. Antara ganache yang kami gunakan ialah :-

  • Caramel
  • Coffee
  • Blueberry
  • Strawberry
  • Orange
  • Kismis
  • Kurma
* Sekiranya ada truffle terbaru..kami akan update kemudian.

Coklat Jenis Praline

Coklat Jenis Praline merupakan coklat yang berintikan kekacang.
Antara kekacang yang kami gunakan ialah :-

  • Badam/Almond
  • Gajus
  • Kacang Hazel/Hazelnut
  • Kacang Tanah/Peanut (Dikisar)
* Sekiranya ada kekacang terbaru..kami akan update kemudian.

Coklat Pelbagai Flavour

Coklat yang Farizul Homemade gunakan ialah :-
  • Milk Coklat
  • Dark Coklat
  • White Coklat
Diantara flavour yang Farizul Homemade gunakan :-
  • Strawberry
  • Green Apple
  • Orange
  • Rasberry
  • Lemon
  • Pandan
* Sekiranya ada flavour terbaru..kami akan update kemudian.

Coklat - Oreo2


10pcs - Oreo Chocolate For Officemate,
For her last day in office...
ALL THE BEST
AND
GOOD LUCK.

Coklat - Oreo1

Order from Pn. Sri Hilyati
20pcs Oreo Chocolate
Untuk Family Gathering

10pcs - Milk Chocolate with Strawberry Flavour
10pcs - Dark Chocolate with Orange Flavour

Happy Gathering
and
Thank You...

Khamis, 16 Disember 2010

Dadih - Manggo Flavour


Buah tangan untuk dibawa balik ke Ipoh,
sempena majlis kenduri berkhatan anak buah husband. 

Dadih - Chocolate Flavour

Dadih - Strawberry Flavour


Dadih - Harga Bekas Besar

Kami menerima tempahan dadih untuk birthday party, gathering,
majlis pertunangan dan kenduri kendara.


Dadih pelbagai perisa
vanila, chocolate, strawberry, jagung, kiwi,
mangga, blueberry & bandung.

Dadih - Harga Bekas Kecil

Kami menerima tempahan dadih untuk birthday party, gathering,
majlis pertunangan dan kenduri kendara.


n
Dadih pelbagai perisa
vanila, chocolate, strawberry, jagung, kiwi,
mangga, blueberry & bandung.

Isnin, 13 Disember 2010

Coklat - 16pcs Cavity Box2

Order from Pn. Mahanun...
Untuk 3 orang HERO dalam hidupnya.
White Chocolate + Rasberry Flavour

White Chocolate + Orange Flavour

White Chocolate + Green Apple Flavour

TQ....nanti boleh order lagi yea..


Coklat - 16pcs Cavity Box1


Gift for H'dyah....
Sempena menghadapi SPM 2010...
ALL THE BEST AND GOOD LUCK.....

White Chocolate + Strawberry Flavour.

Mengenali Jenis Coklat

Ada pelbagai jenis coklat yang digunakan. Kenali jenis-jenis coklat agar anda dapat merasai perbezaannya.

MILK CHOCOLATE
Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran koko dengan susu dan ditambah gula. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya sedap dan sedikit manis.

DARK CHOCOLATE
Dark chocolate memiliki kandungan koko atau biji coklat yang paling tinggi iaitu hampir 70% serta kurang gula dan tanpa minyak sayur terhidrogensi. Antara jenis coklat yang sering menjadi pilihan ramai.

WHITE CHOCOLATE
White chocolate hanya memiliki 33% kandungan coklat atau koko, dan selebihnya adalag gula, susu dan vanila. Juga boleh dicampurkan pewarna untuk menambah seri coklat.

CONVENTURE vs COMPOUND
Coklat Conventure - coklat yang dihasilkan menggunakan lemak koko iaitu coklat tulen dan harganya lebih mahal daripada coklat compound. Agak mudah cair tetapi sangat sedap rasanya.

Coklat Compound - coklat yang diperbuat dengan menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti lemak koko. Compound coklat ada dijual sebagai dark coklat, milk coklat dan white coklat.

Perbezaan diantara coklat conventure dan compound ialah dengan melihat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.

Dadih - Flyer






Jumaat, 10 Disember 2010

Coklat - Fakta

FAKTA 1 - COKLAT TIDAK MENYEBABKAN JERAWAT
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan coklat tidak kena mengena dalam pengurusan jerawat.

FAKTA 2 - COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah yang dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan ".....coklat boleh dimakan secara sederhana."

FAKTA 3 - PENGHIDAP DIABETES BOLEH MAKAN COKLAT
Persatuan Diabetes Britian, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

FAKTA 4 - COKLAT TIDAK MENYEBABKAN KARIES GIGI
Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan didalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko dapat membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Jangan lupa berus gigi :)

FAKTA 5 - COKLAT TIDAK MENYEBABKAN SAKIT JANTUNG
Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab utama. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolestrol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolestrol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam.

FAKTA 6 - COKLAT KUATKAN TENAGA BATIN?
Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan."

Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

Petikan dari :http://www.coklathalal.com/

COKLAT

Mengungkap Seribu Kata, Menghurai Sejuta Rasa.

Sekotak coklat sebagai pengutus kasih sayang dan melahirkan penghargaan lebih
bermakna dan penuh ketulusan. Samada ingin melahirkan isi hati, meluahkan pujukan kasih,
meraikan hari istimewa atau sekadar menambah kemesraan, coklat menjadi pemberian
bermakna yang sesuai untuk apa jua majlis dan perayaan.

Coklat mengungkapkan lebih seribu kata-kata dan maksud.