Ada pelbagai jenis coklat yang digunakan. Kenali jenis-jenis coklat agar anda dapat merasai perbezaannya.
MILK CHOCOLATE
Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran koko dengan susu dan ditambah gula. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya sedap dan sedikit manis.
DARK CHOCOLATE
Dark chocolate memiliki kandungan koko atau biji coklat yang paling tinggi iaitu hampir 70% serta kurang gula dan tanpa minyak sayur terhidrogensi. Antara jenis coklat yang sering menjadi pilihan ramai.
WHITE CHOCOLATE
White chocolate hanya memiliki 33% kandungan coklat atau koko, dan selebihnya adalag gula, susu dan vanila. Juga boleh dicampurkan pewarna untuk menambah seri coklat.
CONVENTURE vs COMPOUND
Coklat Conventure - coklat yang dihasilkan menggunakan lemak koko iaitu coklat tulen dan harganya lebih mahal daripada coklat compound. Agak mudah cair tetapi sangat sedap rasanya.
Coklat Compound - coklat yang diperbuat dengan menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti lemak koko. Compound coklat ada dijual sebagai dark coklat, milk coklat dan white coklat.
Perbezaan diantara coklat conventure dan compound ialah dengan melihat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan